Monday, May 7, 2012

berani ka ta berani kalo berani kasi join

Perhatian kepada para pembaca!!
Jangan beralih ke post lain selagi anda tidak benar-benar faham mengenai bahaya merokok.

Soalan pertama:
Wujudkah jurang diantara perokok dan bukan perokok?
-Jawapannya YA, sekiranya kelompok-kelompok ini tinggal berjauhan dan tidak bergaul ketika berlakunya aktiviti merokok. Jawapan boleh bertukar kepada TIDAK sekiranya mereka yang tidak merokok hidup berdekatan dengan perokok.Mereka terdedah dengan asap rokok dan ini menyebabkak kedua-duanya berhadapan dengan bahaya rokok.

Soalan kedua:
Berapa banyakkah kandungan yang terdapat dalam rokok?
-Terdapat banyak bahan-bahan kotor di dalamnya. Ianya ialah:1. Aseton (penanggal cat)
2. Ammonia (pencuci lantai)
3. Naphthylamine
4. Metanol (bahan api)
5. Naftalena (ubat gegat)
6. Kadmium (digunakan dalam bateri kereta)
7. Polonium-201
8. Gas monoksida (gas beracun)
9. Vinil Klorida
10. Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas)
11. Toluidina
12. Uretana
13. Toluena
14. Arsenik (racun anai-anai)
15. Dibenzakridine
16. Fenol
17. Butana
18. DDT (racun makhluk perosak)
19. Nikotin
20. Benzopyrine
21. Tar

Soalan ketiga:
Apakah kesan-kesan bahan kimia ini terhadap kesihatan perokok?
-Antara kesan-kesannya ialah saluran darah menyempit, ketagihan, meningkatkan tekanan darah, gigi menjadi kuning, barah paru-paru, nafas berbau, Emfisima (kesukaran bernafas, Memusnahkan saluran darah dan membawa kepada penyakit saluran darah, penyakit jantung, dan penyakit paru-paru, Kurang oksigen untuk janin dan lain-lain lagi.

Soalan keempat:
Adakah merokok boleh mengancam nyawa orang di sekeliling?
-Ya. Tepat sekali.

Soalan kelima:

Apakah ancaman yang akan berlaku kepada 'perokok kedua?' 
Kepada dua golongan ini, wanita dan kanak-kanak khususnya mereka menerima impak besar yang serius. Impak yang mereka akan hadapi antaranya ialah:

Wanita
• Kelahiran bayi kurang berat badan dan tidak cukup bulan
• Lebih terdedah kepada kanser
• Kurang kesuburan
• Putus haid awal
• Kematian dan keguguran bayi dalam kandungan

Kanak-kanak
• Mereka mudah mendapat penyakit lelah
• Mendapat jangkitan paru-paru
• Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
• Orang dewasa merokok menjadi contoh yang buruk kepada kanak-kanak

Anda tahu bahawa ianya bahaya kepada semua golongan namun perihatinkah anda kepada mereka (golongan tidak merokok)? Adakah anda memahami isi hati mereka. Tidakkah anda mengimpikan kehidupan yang lebih sihat? Mampukah anda tangani masalah rokok ini seorang diri?? Pastinya banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Kami yakin  anda menanti sebuah perubahan.

Thankyou4smoking sudah bersedia untuk membantu menangani masalah rokok disamping mendengar idea-idea bernas dari anda!!! Sama-sama kita menanganinya...=)

Sertai pertandingan kami sekarang!! Tiada yuran dikenakan. 100% percuma!!


Pertandingan pertama:
ANTI SMOKING CHALLENGE: ILLUSTRATION ARTWORK

Syarat dan penyertaan:

1.Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
2.Like page thankyou4smoking tanda anda bersetuju dengan kempen yang sedang kami lancarkan ini.
3.Tema pertandingan 'anti smoking'. (Pengkarya bebas meluahkan segala yang terpendam dalam hati)
4.Artwork bersaiz A4,72 DPI sudah mencukupi. (Semua rekaan yang dimuat naik haruslah dihantar dalam
   format .jpeg/ .png
5.Sertakan:
   -nama penuh:
   -paulan ke profil facebook anda:
   -website/blog (sekiranya ada):
   -no telefon supaya mudah untuk dihubungi.
   Hantar melalui email ke work@budakart.com 
6.Kami akan memuat naik karya anda di facebook page dan blog kami.
7.Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Jun 2012.
8.Untuk maklumat lanjut, sila ke http://thankyou4smoking.wordpress.com

Hadiah hebat menanti:

Pemenang bakal menerima sehelai baju t-shirt eksklusif daripada PARACHUTE ADVERTISING AGENCY. Jangan lepaskan peluang ini. Sertainya sekarang!


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pertandingan kedua:
ANTI SMOKING CHALLENGE: SLOGAN TERMANTOP & IDEA LAGI BERNAS

Syarat dan penyertaan:

1.Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
2.Like page thankyou4smoking tanda anda bersetuju dengan kempen yang sedang kami lancarkan ini.
3.Apa yang anda harus buat ialah berikan kami:
   -slogan untuk kempen anti merokok.(sekreatif mungkin.)
   -Idea/cadangan yang bernas bagi mengawal serta mencengah aktiviti merokok.
4.Sertakan:
   -nama penuh:
   -paulan ke profil facebook anda (url):
   -paulan ke blog anda (url):
   -no telefon supaya mudah untuk dihubungi:
   dan hantar ke idea@budakart.com
5.Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Jun 2012.
6.Untuk maklumat lanjut, sila ke http://thankyou4smoking.wordpress.com

Hadiah hebat menanti:

Anda akan menerima sebuah Planner Book (Keluaran khas thankyou4smoking). Apa tunggu lagi?? Sertai sekarang!!

Chat Conversation End

No comments:

Post a Comment

The Jimbits

 The Jimbits clan by Skagirock